Pakej Percutian Ke Banda Aceh 4 Hari 3 Malam – Pakej Melancong & Lawatan ke Aceh Selama 4 Hari 3 Malam – Pakej Percutian ke Aceh 4D3N

Pakej Percutian ke Banda Aceh 4 Hari 3 Malam adalah pakej percutian ke Aceh special dengan fasiliti yang memuaskan hati yang ditawarkan untuk anda yang ingin menikmati keindahan kota Banda Aceh dan Aceh Besar selama empat hari tiga malam. Anda akan dibawa melawat tapak bersejarah di Banda Aceh dan tempat tempat yang menakjubkan di Aceh Besar. 4 hari 3 malam adalah masa yang cukup untuk anda menikmati destinasi yang menarik di Banda Aceh dan Aceh Besar termasuk tapak bersejarah, lawatan kebudayaan, lawatan semula jadi, lawatan pantai dan banyak lagi tempat bersiar-siar. Anda juga akan menikmati hidangan masakan aceh yang lazat. Dengan pakej pelancongan ini kami yakin anda akan berpuas hati semasa bercuti di Banda Aceh.

Harga Pakej Percutian ke Aceh 4D3N per person sila tuan kontak kami WhatApp: +6285360131941 atau e-mel: info@safariwisata.co.id kami akan memberitahu harga pakej percutian ke Aceh 4 Hari 3 malam berdasarkan jumlah orang yang akan melawat dan hotel yang yang anda inginkan (hotel bintang 2, 3, 4 dan 5).

Jika anda ingin harga murah atau bujet, anda boleh melihat klikan Pakej Percutian Bajet ke Aceh untuk melihat harga pakej bajet ke Acheh.

Pakej percutian ke Aceh 4 Hari 3 Malam ini sangat recommended untuk anda, dengan banyak tempat-tempat semulajadi yang dilawati membuat anda berpuas hati dan menjadi pengalaman melancong yang menarik.

Tolong semak terperinci pakej Melancong ke Banda Aceh 4 hari 3 malam di bawah:

Destinasi     : Banda Aceh & Aceh Besar

Tempoh Pakej : 4 Hari 3 Malam

Kod Lawatan :

Minimum Pax       : –

Jadual Perjalanan :

Day 01 : Ketibaan di Banda Aceh (L/D)

  • Ketibaan di Lapangan terbang antarbangsa Sultan Iskandar Muda di Blang Bintang, Aceh, anda akan dialu-alukan oleh pemandu kami di hadapan terminal ketibaan.
  • Anda akan dibawa untuk makan tengah hari di Restoran Masakan Aceh dimana anda boleh menikmati masakan kari kambing, ayam goreng kampong dengan spices.
  • Check in Hotel.
  • Selepas Check in Hotel, Lawatan ke Masjid Raya Baiturrahman yang merupakan landmark Bandar Banda Aceh dan merupakan salah satu masjid terbesar di Acheh.
  • Lawatan tapak sejarah tsunami di Aceh seperti PLTD Apung yang merupakan kapal pembangkit listrik mengambang yang terkandas oleh gelombang tsunami dari laut Ulee Lheue ke tengah kampong sejauh 4,5 kilometer. Muzium Tsunami dimana anda boleh melihat tapak sejarah tsunami 2004 yang menghancurkan Bandar Banda Aceh hampir 80% dengan korban lebih dari pada 240.000 di Aceh. Lawatan ke Monumen Tsunami Perahu di atas bubung yang merupakan bot nelayan yang dihempas gelombang tsunami dari muara ke atas bubung rumah tuan Abasiah.
  • Lawatan kebudayaan dan sejarah Acheh ke Muzium Aceh yang merupakan muzium berbentuk rumah tradisional Aceh. Anda boleh melihat banyak objek sejarah, barangan antik,  perkakas tradisional yang dipakai masyarakat Aceh dahulu yang sangat bernilai sejarah. Lawatan ke Kerkhoff Peucut Memorial iaitu kubur askar Belanda yang terbunuh dalam perang Peucut Jendral Kohler.
  • Melawat ke Gunongan iaitu gunung buatan oleh Sultan Iskandar Muda untuk istrinya Ratu Pahang dari Malaysia yang rindu kampongnya, teruskan lawatan ke Putroe Phang Park dan Ratu Safiatuddin Park dimana anda boleh melihat 23 rumah tradisional dalam berbagai bentuk rumah panggung dengan dibina berdasarkan gaya kebudayaan 23 kabupaten di Aceh yang sangat unik untuk dilawati.
  • Lawatan pelancongan agama ke Kubur Ulama Besar Aceh iaitu Syeikh Abdurrauf As-Singkili.
  • Lawatan ke Pantai Syiah Kuala, Pantai Alue Naga dan Taman Hutan Bandar dimana anda boleh melihat banyak tanaman dari pelbagai provinsi di Indonesia.
  • Makan malam di Romantic Café di Banda Aceh anda boleh menikmati masakan kegemaran dan Aceh Speciality Coffee.
  • Kembali ke hotel dan free program.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:Tempat-Tempat Menarik :

Day 02 : Lawatan Banda Aceh – Lawatan Pantai Barat Aceh Besar (B/L/D)

  • Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dijemput oleh pemandu kami.
  • Lawatan ke Kubah Masjid yang dihempas gelombang tsunami, Muzium Cut Nyak Dhien yang merupakan rumah peribadi Cut Nyak Dhien yang merupakan wira kemerdekaan Indonesia yang berbentuk rumah tradisional Acheh terletak dekat dengan bukit bukit yang indah, berhampiran dengan muzium ini terdapat pasar kek tradisonal, anda boleh membeli kek tradisional Aceh dari palbagai daerah dan kabupaten di Aceh.
  • Lawatan ke Pantai Lampuuk iaitu pantai berpasir putih yang luas dengan pemandangan yang indah sangat dengan pokok pokok yang teduh, anda boleh menikmati air kelapa muda di dan duduk digazebo. Diteruskan melawat ke masjid lampuuk yang merupakan salah satu masjid yang masih utuh ketika bencana tsunami manakala bangunan lain dan pokok pokok rata dengan tanah tersapu bersih & hanya masjid ini yang masih berdiri teguh.
  • Melawat ke Pantai Lhoknga iaitu salah satu pantai selancar di Acheh, Pantai Pulo Kapuk, Lhoknga Sea Side Beach Park, Pantai Riting iaitu pantai untuk kitesurf, pantai romantik iaitu Pantai Penyu dan Pantai Leupung.
  • Makan tengah hari, anda boleh menikmati mi aceh seafood, seperti mi Acheh ketam, mi Acheh udang dan lain-lain. Anda juga boleh menikmati makan tengah hari di Café Pinggir Laut di Lhokseudu dengan air kelapa muda. Di Lhokseudu anda boleh melihat kedai kedai yang menjual ikan kering pelbagai jenis dan pemandangan laut dengan latar belakang lereng bukit.
  • Melawat ke Pantai Pasie Jantang, Pantai Lhok Paroy, dalam perjalanan anda dapat melihat banyak monyet liar dan jalannya naik turun bukit yang indah dengan pokok pokok yang teduh dan udara segar.
  • Melawat ke Pantai Lhong yang indah dan diteruskan ke Puncak Geurutee dimana anda boleh menikmati air kelapa muda disini. Gurutee Sea Canyon adalah puncak gunung dengan pemandangan laut lepas serta pulau pulau kecil yang indah. Jika anda bernasib baik, anda boleh lihat monyet ekor panjang, gibbon dan monyet hitam jinak yang besar. Puncak ini juga merupakan salah satu tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam di Acheh.
  • Kembali ke Banda Aceh
  • Makan malam di romantik café di Banda Aceh, anda boleh menempah masakan kegemaran, anda juga boleh memesan kopi Aceh yang popular di luar Negara.
  • Kembali ke hotel untuk berehat dan free program.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:

Tempat- Tempat Menarik :

Day 03 : Lawatan Banda Aceh – Lawatan Pantai Timur Aceh Besar (B/L/D)

  • Selepas sarapan pagi di hotel anda akan dijemput oleh pemandu kami.
  • Lawatan bermula dengan mengujungi Pantai Ujong Batee yang merupakan pantai pasir hitam dengan pokok pokok pinus yang teduh, Pantai Ujong Kareung, anda boleh minum air kelapa muda disini dan duduk sejenak di gazebo. Diteruskan lawatan sejarah ke Pantai Indra Patra dan Kubu Indra Patra yang merupakan kubu pertahanan kerjaan Hindu di Acheh dan kemudian diambil oleh kerajaan Islam Aceh Darussalam dan pada masa Sultan Iskandar Muda kubu ini digunakan sebagai kubu pertahanan dari serangan Portugal dari laut di Selat Malaka.
  • Melawat ke Kubu Sultan Iskandar Muda
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Selepas makan, melawat ke Kubu Inong Bale dan Pantai Inong Bale yang cantik, diteruskan melawat ke Bukit Lamreh dengan pemandangan semulajadi yang cantik sangat dengan air laut yang biru dan bukit bukit yang indah.
  • Melawat ke Pantai Lhok Mee yang merupakan pantai pasir putih yang luas dengan pokok pokok dalam air. Anda boleh berjalan diatas jembatan yang dibuat di laut untuk melihat pokok pokok yang tumbuh di air. Disini anda boleh minum air kelapa muda. Diteruskan melancong ke Pantai Blang Ulam yang juga pantai pasir putih dengan pokok pokok yang tumbuh di air dan Pantai Ujong Batee Puteh yang cantik dengan tebing yang tinggi berwarna putih sebagai backdrop.
  • Melawat ke Sumber Air Panas Ie Suum (Hot Spring) yang datang dari volcano. Anda boleh melihat pemandangan semulajadi, bukit bukit dan hot spring.
  • Kembali ke Banda Aceh.
  • Makan malam di restoran seafood di Banda Aceh.
  • Kembali ke Hotel untuk berehat dan free program.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:

Day 04 : Banda Aceh – Berlepas (B/L)

  • Selepas sarapan pagi di Hotel, anda akan dibawa untuk shopping souvenir dan cenderahati, kek, baju Aceh, kain sarung, kopi Aceh, emping dan pelbagai macam yang anda sukai.
  • Selepas itu, melawat ke kampong tradisional, anda boleh tengok banyak rumah tradisonal aceh yang masih dipelihara dengan baik beserta suasa kampong dan pemandangan persawahan dengan bukit bukit sebagai backdrop.
  • Melawat ke Kebun Kurma (Ladang Tarikh) yang luasnya lebih kurang 650 hektar. Anda boleh membeli kurma muda disini. Anda juga boleh naik kuda keliling kebun untuk melihat pemandangan yang indah.
  • Hantar ke Lapangan terbang untuk balik.
  • Kami berharap anda senang dengan percutian macam ini dan harapan kami kita boleh bertemu kembali dalam pakej percutian Aceh yang lain. Anda boleh melihat percutian kami yang lain di navigasi, terdapat beberapa destinasi pelancongan lain di Aceh yang kami tawarkan.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:

  • Kampong Tradisional
  • Kebun Kurma (Ladang Tarikh)

Pakej Termasuk :

  • Aircond Transport
  • Penginapan 3 Malam (Twin Sharing/Sebilik Berdua)
  • Bayaran Masuk ke tempat-tempat pelancongan
  • Air mineral semasa lawatan
  • Horse Driving in Dates Farm
  • Breakfast at the hotel
  • Lunch at many kinds of restaurant such as Acehnese traditional restaurant, Acehnese Seafood Restaurant & Padang Restaurant.
  • Dinner at Special & Romantik Café.
  • Free Acehnese Coffee 2 times in after dinner.
  • 4 times free coconut drink in Lampuuk, Gurutee Sea Canyon, Ujong Kareung &  Lhok Mee Beach
  • Bayaran Masuk ke tempat-tempat pelancongan.
  • Bayaran Masuk Muzium Tsunami & Muzium Aceh.
  • Parking Fee.
  • Pemandu/supir.

Pakej Tidak Termasuk :

  • Tiket Penerbangan
  • Porter
  • Insurans (Boleh tempah dengan kami harga MYR 11 + MYR 8 per person untuk Insurance Fee & Administration Fee)
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Dobi
  • Tip

Terma & Syarat :

  • Bayaran Pendahuluan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah harga pakej dan pembayaran penuh boleh dibayar 3 hari sebelum hari ketibaan. Anda boleh membayar melalui akun PayPal kami: info@safariwisata.co.id atau anda juga dapat membayar dengan kad di sini.
  • Bayaran Pendahuluan yang telah dibayar tidak boleh dibayar balik jika terdapat pembatalan dari peserta secara unilateral.
  • Selain dari program pelancongan di atas atau lawatan tambahan oleh peserta, kos tambahan akan dikenakan kepada peserta.
  • Dalam keadaan buruk, cuaca buruk, bencana alam, dan lain lain, jadual dan perancangan akan diselaraskan mengikut persetujuan bersama.
  • Syarikat tidak menerima tanggungjawab untuk kehilangan atau kerosakan atau perbelanjaan akibat kelewatan penerbangan, penyakit, kemalangan yang tidak terkawal dan juga menangguhkan lawatan yang disebabkan oleh kelewatan penerbangan dan pergantian feria tau tanggungjawab pihak ketiga.


Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi kami:

Tempahan boleh dibuat kepada kami dengan menerangkan program pelancongan yang anda minati dengan menunjuk tajuk di laman web kami atau kod pelancongan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ketibaan ke:

WhatApp : +6285360131941

Mesej : +6285360131941

Panggilan Telefon : +6285360131941

E-mel : info@safariwisata.co.id anda boleh memasukkan atau menambahkan safariwisatainternational@gmail.com untuk e-mel back up kami sekiranya kesilapan server website.

Tariff pelancongan untuk kanak-kanak berumur 0-2 tahun adalah 50% dan 75% daripada orang dewasa berusia 2 hingga 10 tahun dan disertai dengan satu bilik ibu bapak. (Bilik Keluarga).

Lihat juga pakej pelancongan lain dari kami:

Ada juga boleh menempah pakej pelancongan satu hari, semak pakej pelancongannya dibawah ini:

Anda juga bisa melihat info menarik tentang tempat dan aktiviti pelancongan di Aceh berikut :

Tidak dapat yang anda cari, sila beritahu kami. Kami boleh membuat pakej lain untuk anda selain Pakej Percutian Ke Banda Aceh 4 Hari 3 Malam – Pakej Melancong & Lawatan ke Aceh Selama 4 Hari 3 Malam – Pakej Percutian ke Aceh 4D3N. kami boleh buat pakej percutian Aceh 5 Hari 4 Malam 5D4N, 6 Hari 5 Malam 6D5N, 7 Hari 6 Malam 7D5N, 8 Hari 7 Malam 8D7N, 9 Hari 8 Malam 9D8N & 10 Hari 9 Malam 10D9N. Sila tuan menghubungi kami untuk Tanya Tanya tentang pakej Percutian Acheh.. Anda juga boleh menanyakan kepada kami ketersediaan pakej percutian Aceh yang lain. Kami juga menawarkan Pakej Percutian ke Aceh yang lain seperti Pulau Banyak, Pulau Aceh, Ketambe, Pulau Weh dan masih banyak yang lain.