Pakej Percutian ke Aceh dan Sabang 5 Hari 4 Malam (5D4N) – Lawatan ke Banda Aceh – Pulau Weh & Aceh Besar – Melancong ke Acheh 2019/2020/2022 Ground Package

Pakej percutian ke Aceh dan Sabang 5 Hari 4 Malam (5D4N) adalah pakej lawatan ke Aceh dan Pulau Sabang selama 5 hari 4 malam yang mana ini adalah masa yang cukup bagi anda untuk meneroka pelbagai tempat pelancongan yang ada di Pulau Weh atau Sabang, Bandar Banda Aceh dan anda juga dibawa melancong ke Aceh Besar. Pulau Weh atau selalunya oleh orang-orang yang menyebut Pulau Sabang adalah pulau pertama Indonesia terletak di bahagian barat Indonesia atau di bahagian paling utara Pulau Sumatra dengan ibukota Sabang. Pulau ini paling popular dengan tempat menyelam kelas dunia dan pantai pantai yang mengagumkan, Sedangkan Bandar Banda Aceh adalah ibukota provinsi Acheh yang mempunyai banyak tarikan sejarah dan budaya serta makanan yang lazat. Anda juga akan dibawa untuk melawat ke Aceh Besar di mana anda boleh melihat banyak tarikan semula jadi. Aceh Besar juga terkenal dengan pantai pasir putih yang indah dan pantai berselancar kelas dunia.

Kami membuat pakej percutian ke Aceh dan Sabang dengan masa yang panjang supaya anda boleh melawat ke banyak tempat dan aktiviti yang menarik supaya percutian anda ke Acheh dan Sabang akan lebih mengesankan. Selain itu, anda juga akan dibawa snorkeling di Taman Laut Rubiah dan beberapa tempat snorkeling lain di Pulau Rubiah. Mari lihat jadual perjalanan berikut:

Day 01 : Banda Aceh On Arrival – Transfer to Sabang (L/D)

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarbangsa Sultan Iskandar Muda, Pemandu kami akan menyambut anda. Note: Sekiranya anda tiba dengan pesawat paling pagi maka akan langsung menyeberang ke Sabang dengan kapal cepat pagi, jika anda tiba dengan pesawat pada waktu pagi, anda akan menyeberang ke Sabang kapal cepat tengah hari dan jika anda tiba dengan pesawat petang maka anda harus tinggal satu malam di Banda Aceh.Menyeberang ke Pulau Sabang dengan kapal cepat dalam masa 45 minit. Tiba ke Sabang, anda akan dibawa melawat ke Monumen I Love Sabang untuk mengambil gambar, Makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas makan, melawat ke Pantai Sumur Tiga yang cantik dengan pasir putih yang lembut dan laut yang biru, Pantai Ujong Kareung, Kubu Jepun Anoe Itam, Pantai Anoe Itam iaitu pantai pasir hitam, Balohan View Point, dilanjudkan tour ke Pulau Klah View Point di mana anda boleh melihat view Pulau Klah yang cantik, Pantai Gapang dengan pokok pokok yang teduh. Check in Hotel, selepas check in hotel, melawat ke Monumen Sifar Indonesia atau Zero Kilometer Indonesia untuk melihat sunset. Kembali ke hotel.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:

Day 02 : Lawatan di Sabang & Snorkeling Trip ke Pulau Rubiah (B/L/D)

Breakfast di Hotel. Dalam pakej percutian Aceh dan Sabang hari kedua ini, anda akan dibawa melawat ke tempat menarik lain dan snorkeling ke Pulau Rubiah. Pertama anda akan melawat ke Goa Sarang iaitu goa yang terletak di lereng berhampiran laut dengan pemandangan yang cantik, melawat ke Cot Siribee View Point iaitu spot untuk mengambil gambar dari puncak gunung yang tinggi dengan pemandangan semula jadi dan laut cantik, Pantai Long Angen, Pantai Pasir Putih dimana anda boleh melihat pantai yang indah, dilanjudkan ke Sabang Fair di mana anda boleh melihat banyak peninggalan sejarah dan pantai dengan gazebo untuk berehat, anda juga akan melawat ke Pantai Paradiso dan Pantai Kasih. Makan tengah hari di Café Pantai Paradiso. Kembali ke Pantai Iboih untuk snorkeling. Snorkeling trip dengan glass bottom boat ke beberapa spot snorkeling termasuk karang batik spot dan spot spot yang lain dimana anda boleh melihat banyak ikan berwarna-warni di dekat anda. Kami akan mengambil gambar snorkeling trip anda dengan kamera underwater. Snorkeling ke Rubiah Island. Pada waktu petang, kembali ke Pantai Iboih, kembali ke hotel untuk menukar pakaian. Pada malam hari, kami akan membawa anda untuk shopping di Bandar Sabang dan Dinner di restaurant tempatan. Kembali ke hotel untuk berehat.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:

Day 03 : Sabang – Banda Aceh City Tour (B/L/D)

Sarapan pagi di Hotel, Check out hotel. Selepas itu, pergi ke Pelabuhan Balohan untuk menaiki feri ke Banda Aceh. Dalam masa 45 minit anda sudah sampai di Pelabuhan Ulee Lheue Banda Aceh. Pada hari ke tiga pakej percutian ke Aceh dan Sabang ini, anda akan dibawa melancong ke tempat tempat menarik dan tempat tempat beresejarah di Bandar Banda Acheh. Lawatan pertama bermula ke PLTD Apung iaitu kapal penjanaan kuasa terapung yang terkandas oleh tsunami ke tengah kampong kira-kira 4 kilometer jauhnya dari Pantai Ulee Lheue, kapal ini beratnya mencapai 2.600 tan. Selepas itu, lawatan ke Muzium Tsunami, Masjid Besar Baiturrahman dan Muzium Aceh. makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas makan, check in hotel. Lawatan ke Muzium Cut Nyak Dhien, Pasar Kek Tradisional, Pantai Lampuuk, Pantai Lhoknga, Pantai Riting, Pantai Leupung, Lhoksedu, Pantai Lhong dan melihat sunset di Gurutee Canyon. Kembali ke Banda Aceh. Kami akan membawa anda untuk menikmati kopi Aceh. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel untuk berehat.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:

Day 04 : Lawatan ke Aceh Besar (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel, selepas sarapan kami akan menjemput anda. Pada hari ke empat pakej percutian Aceh dan Pulau Sabang ini anda akan dibawa melancong ke Aceh Besar. Lawatan ke Aceh Besar ini sangat menarik kerana anda akan melihat tarikan sejarah, pantai pantai yang cantik dan panorama semula jadi. Lawatan pertama ke Pantai Ujong Batee iaitu pantai berpasir hitam yang indah dengan pokok pokok besar yang teduh, Kubu Indra Patra iaitu kubu Kerajaan Hindu Pertama di Aceh dan kubu itu diambil alih oleh Sultan Iskandar Muda dari kerajaan islam, selepas itu lawatan ke Pantai Indra Patra, Pantai Ujong Kareung, Makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas makan, lawatan ke Kubu Inong Bale, Kubu Sultan Iskandar Muda, Bukit Lamreh di mana anda boleh melihat pemandangan cantik dan air laut yang biru, Pantai Lhok Mee di mana anda boleh melihat pokok pokok tumbuh di laut dengan pasir putih dan air laut yang jelas, Pantai Blang Ulam yang pemanangannya hampir sama dengan Pantai Lhok Mee dan terakhir melawat ke Air Panas Ie Suum iaitu mata air panas yang keluar dari gunung berapi. Kembali ke Banda Aceh. Makan malam di Restoran tempatan. Kembali ke hotel dan berehat.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:

Day 05 : Shopping & Departure (B/L)

Sarapan pagi di Hotel, anda akan dibawa untuk shopping souvenir, kopi atau barang lain yang menarik untuk anda bawa pulang. Selepas berbelanja, Check out hotel, anda akan dibawa melawat ke kampong tradisional untuk melihat rumah tradisonal Aceh yang masih dipelihara. Selepas itu, anda akan melawat ke Ladang Kurma (Tarikh) yang luasnya 650 hektar di mana anda boleh membeli kurma muda disini, melihat kebun kurma dan menaiki kuda. Selepas itu, anda akan kami hantar ke airport untuk destinasi anda seterusnya.

Sila klik tempat tempat menarik yang dilawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar lain:

Harga Pakej Termasuk:

  • Aircond Transport
  • Penginapan 4 Malam (Twin Sharing/Sebilik Berdua) Strategic Hotel
  • Breakfast at the hotel
  • Fast Ferry Ticket (Go & Return)
  • Snorkeling Gear (Fin, Mask & Buoyancy)
  • Snorkeling Glass Bottom Boat
  • Underwater Camera Documentation
  • 4 times Lunch at many kinds of restaurant such as Acehnese traditional restaurant, Acehnese Seafood Restaurant & Padang Restaurant.
  • 4x Dinner in Banda Aceh.
  • Free Acehnese Coffee 2 times in 3in1 Coffee at Night in Banda Aceh.
  • 4 times free coconut drink in Lampuuk, Gurutee Sea Canyon, Ujong Batee Black Sand Beach & Lhok Mee Beach.
  • Bayaran Masuk ke tempat-tempat pelancongan.
  • Bayaran Masuk Muzium Tsunami & Muzium Aceh.
  • Parking Fee.
  • Pemandu/supir

Pakej Tidak Termasuk :

  • Tiket Penerbangan
  • Porter
  • Insurans (Boleh tempah dengan kami harga MYR 11 + MYR 8 per person untuk Insurance Fee & Administration Fee)
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Dobi
  • Tip

Harga Pakej : Hubungi Kami untuk maklumat harga pakej

Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi kami:

Tempahan boleh dibuat kepada kami dengan menerangkan program pelancongan yang anda minati dengan menunjuk tajuk di laman web kami atau kod pelancongan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ketibaan ke:

WhatApp : +6285360131941

Mesej : +6285360131941

Panggilan Telefon : +6285360131941

E-mel : info@safariwisata.co.id

Terma & Syarat :

Payment:

Tidak dapat yang anda cari, sila beritahu kami. Kami boleh membuat pakej lain untuk anda selain Pakej Percutian ke Aceh dan Sabang 5 Hari 4 Malam (5D4N) – Lawatan ke Banda Aceh – Pulau Weh & Aceh Besar – Melancong ke Acheh 2019/2020/2022 Ground Package. Anda juga boleh melihat pakej kami yang lain:

Pakej Percutian Aceh 4 Hari 3 Malam

Pakej Percutian ke Aceh & Sabang 4 Hari 3 Malam

Sila tuan menghubungi kami untuk Tanya Tanya tentang pakej Percutian Acheh. Jangan ragu untuk menghubungi kami. Terima Kasih.