Pakej Percutian Murah Ke Aceh – Pakej Lawatan Bajet ke Acheh 4 Hari 3 Malam dan 3 Hari 2 Malam (4D3N/3D2N)

Pakej Percutian Murah ke Aceh adalah pakej lawatan bujet ke Aceh yang boleh anda pilih dengan dua macam durasi yang kami tawarkan iaitu Pakej Percutian Murah ke Aceh 4 Hari 3 Malam (4D3N) dan Pakej Percutian Murah ke Aceh 3 Hari 2 Malam (3D2N). Pakej Lawatan Bujet ke Aceh ini sesuai untuk anda yang sedang mencari pakej yang tidak terlalu mahal dan sesuai dengan poket anda. Pakej ini juga sesuai untuk pelajar yang mencari percutian bajet dengan kos rendah tetapi berkualiti. Walaupun pakej yang kami tawarkan bujet, perkhidmatan yang kami berikan kepada anda tidak kurang dan kami yakin anda akan menikmati perjalanan anda semasa bercuti di Aceh.

Harga Pakej Percutian Murah ke Aceh 4D3N per person : anda boleh menghantarkan mesej ke WhatApp kami : +6285360131941 atau e-mel: info@safariwisata.co.id untuk menanyakan harga pakej nya dan pasal pasal tentang percutian ini.

Jika anda ingin pakej regular dengan hotel & service yang lebih istimewa, anda boleh melihat klikan Pakej Percutian ke Aceh 4D3N  untuk melihat harga pakej regular ke Acheh dengan hotel & perkhidmatan istimewa.

Dalam pakej ini anda akan dibawa melawat ke tapak bersejarah di kota Banda Aceh dan Aceh Besar dan tempat tempat pelancongan yang menakjubkan. Anda juga akan dibawa melancong ke tempat semulajadi, lawatan kebudayaan, lawatan pantai dan tempat-tempat menarik lain di Aceh. Anda juga akan menikmati masakan Aceh dan Padang yang lazat. Kami juga membawa anda untuk belanja cenderahati Aceh atau kek Aceh.

Tolong semak terperinci itinerary atau jadual percutian berikut:

Itinerary Pakej Percutian Murah ke Aceh 4 Hari 3 Malam (4D3N)

Day 01 : Ketibaan di Banda Aceh dan Lawatan Bandar (L/D)

  • Ketibaan di lapangan terbang antarbangsa Sultan Iskandar Muda anda akan dialu-alukan oleh team Safari Wisata International yang menunggu anda di hadapan terminal kedatangan dengan menunjukkan nama anda yang kami tulis di atas kertas.
  • Anda akan dibawa makan tengah hari di restoran masakan Aceh dengan pemandangan sawah dan ladang juga gunung-gunung.
  • Selepas makan tengah hari, Check-in hotel.
  • Lawatan ke Masjid Raya Baiturrahman yang merupakan mercu tanda di Bandar Banda Aceh.
  • Lawatan ke PLTD Apung yang merupakan kapal besar 2500 tan yang terkandas oleh tsunami dari laut ke tengah-tengah kampong.
  • Melawat ke Muzium Tsunami anda boleh tengok sejarah tsunami di Acheh yang begitu hebat.
  • Melawat ke Muzium Aceh, anda boleh tengok budaya dan objek tradisional, rumah tradisional Aceh, perkakas tradisional dan pelbagai barang antik yang kaya nilai sejarah.
  • Lawatan ke Gunongan iaitu gunung buatan untuk putri dari Pahang, yang merupakan istri Sultan Iskandar Muda, Putro Phang Park, Monumen Tsunami Perahu di atas bubung yang merupakan bot nelayan tradisional yang dihempas oleh gelombang tsunami ke atas bubung rumah tuan Abasiah di Lampulo.
  • Melawat ke Ratu Safiatuddin Park iaitu taman kebudayaan terdapat 23 rumah tradisional yang mewakili setiap kabupaten dan Bandar di Aceh dalam bentuk bangunan khas rumah panggung dengan bahan kayu.
  • Melawat ke Pantai Syiah Kuala dan Pantai Alue Naga.
  • Selepas makan malam, free program.

Sila klik tempat menarik yang kita lawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar:

  • Masjid Raya Baiturrahman,
  • PLTD Apung,
  • Muzium Tsunami,
  • Muzium Aceh,
  • Gunongan,
  • Putroe Phang Park,
  • Monumen Tsunami Perahu di atas rumah,
  • Ratu Safiatuddin Park,
  • Pantai Syiah Kuala,
  • Pantai Alue Naga,
  • Hutan Bandar (Optional)

Day 02 : Lawatan Banda Aceh – Lawatan Pantai Barat Aceh Besar (B/L/D)

  • Selepas sarapan pagi di kedai kopi Aceh Speciality Coffee lawatan ke Muzium Cut Nyak Dhien, Pasar Kek Tradisional anda boleh belanja kek disini.
  • Melawat ke Pantai Lampuuk yang merupakan pantai pasir putih yang indah, Masjid Lampuuk yang merupakan salah satu masjid yang masih utuh dari bencana tsunami manakala kawasan sekitarnya rata dan tiada lagi bagunan kecuali masjid ini.
  • Melawat ke Pantai Lhoknga yang merupakan surfing beach, pantai tepi laut lhoknga dan pantai riting.
  • Makan tengah hari, anda boleh makan mi kepiting khas Aceh.
  • Melawat ke Pantai Leupung, Lhokseudu dimana anda boleh tengok kedai menjual ikan kering, sea floating café anda boleh menikmati minuman kelapa muda disini dengan pemandangan pantai yang indah.
  • Meneruskan lawatan ke Pantai Lhong, jika musim durian & rambutan anda boleh membeli durian terbaik disini dan menikmati indahnya pemandangan semulajadi di Puncak Gurutee Sea Canyon, disini anda boleh tengok pemandangan laut lepas dan pulau pulau yang cantik sangat di atas puncak. Puncak Gurutee ini juga salah satu the best sunset spot in Aceh.
  • Kembali ke Banda Aceh.
  • Selepas makan malam free program.

Sila klik tempat menarik yang kita lawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar:

  • Muzium Cut Nyak Dhien
  • Pasar Kek Tradisional Lampisang
  • Pantai Lampuuk
  • Pantai Lhoknga
  • Masjid Lampuuk
  • Pantai Riting
  • Pantai Leupung
  • Sea Side Beach Park
  • Pantai Lhong
  • Puncak Geurutee

Day 03 : Lawatan Banda Acheh – Pantai Timur Acheh Besar (B/L/D)

  • Selepas sarapan di kedai, anda boleh memesan masakan khas Aceh pagi hari anda akan kami bawa ke Pantai Ujong Batee yang merupakan pantai pasir hitam yang luas.
  • Melawat ke Kubu Indra Patra yang merupakan kubu Kerajaan Hindu dan kemudian diambil oleh Sultan Iskandar Muda yang merupakan raja Kerajaan Aceh Darussalam yang merupakan kerajaan islam 5 terbesar di dunia pada masa itu untuk mempertahankan diri dari serangan pasukan portugis di bahagian laut malaka.
  • Melawat ke Pantai Indra Patra dan Pantai Ujong Kareung.
  • Makan tengah hari.
  • Lawatan terus ke Kubu Sultan Iskandar Muda, Bukit Lamreh disini anda boleh tengok pemanangan semulajadi, air laut yang biru dan bukit bukit yang indah, melawat ke Kubu Inong Bale.
  • Melawat ke Pantai Lhok Mee dan Pantai Blang Ulam yang merupakan pantai pasir putih yang cantik sangat dengan pokok-pokok yang tumbuh di laut. Anda boleh minum kelapa muda di Pantai Lhok Mee.
  • Melawat ke Mata Air Panas Ie Suum, anda boleh melihat mata air panas yang keluar dari gunung berapi dengan pemandangan bukit-bukit yang indah.
  • Kembali ke Bandar Banda Acheh.
  • Selepas makan malam, free program.

Sila klik tempat menarik yang kita lawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar:

  • Pantai Ujong Batee,
  • Fort Indra Patra,
  • Pantai Ujong Kareung
  • Lamreh Hill,
  • Fort Inong Bale,
  • Fort Iskandar Muda,
  • Pantai Lhok Mee,
  • Pantai Blang Ulam,
  • Mata Air Panas Ie Suum,

Day 04 : Banda Acheh – Berlepas (B/L)

  • Selepas sarapan pagi, anda akan kami bawa untuk shopping souvenir dan cenderahati.
  • Check out hotel.
  • Anda akan kami bawa melawat ke Ladang Tarikh (Kebun Kurma) yang luasnya 650 hektar. Disini anda boleh membeli kurma muda, naik kuda dengan kos peribadi dan tengok-tengok pokok-pokok lain seperti pokok zaitun. Anda juga boleh menikmati minuman disini.
  • Selepas itu, Anda kami hantar ke Lapangan terbang untuk berlepas.

Sila klik tempat menarik yang kita lawati di bawah ini untuk melihat gambar gambar:

  • Ladang Kurma

Itinerary Pakej Percutian Murah ke Aceh 3 Hari 2 Malam (3D2N)

Dalam pakej ini anda akan melawat sama seperti pakej 4D3D tetapi anda tidak dibawa melawat ke Pantai Timur Acheh Besar. Atau anda boleh memilih antara lawatan Pantai Barat Aceh Besar atau Pantai Timur Aceh Besar.

Pakej Termasuk :

  • Transport ber-AC
  • Penginapan 3 Malam (Twin Sharing/Sebilik Berdua) untuk Pakej Aceh 4D3N, dan 2 Malam untuk Pakej Percutian Aceh Bajet 3D2N
  • Bayaran Masuk ke tempat-tempat pelancongan.
  • Bayaran Masuk Muzium Tsunami & Muzium Aceh.
  • Parking Fee.
  • Sarapan 3 kali, makan tengah hari 3 kali dan makan malam 3 kali untuk Pakej 4D3N, Sarapan 2 kali, makan tengah hari 2 kali dan makan malam 2 kali untuk Pakej 3D2N
  • Minuman Kelapa Muda 3x untuk 4D3N & 2x untuk 3D2N.
  • Pemandu/supir

Pakej Tidak Termasuk :

  • Tiket Penerbangan
  • Porter
  • Insurans (Boleh tempah dengan kami MYR 11 + MYR 8 per person untuk Insurance Fee & Administration Fee)
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Dobi
  • Tip

Terma & Syarat :

Pembayaran:

Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi kami:

Tempahan boleh dibuat kepada kami dengan menerangkan program pelancongan yang anda minati dengan menunjuk tajuk di laman web kami atau kod pelancongan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ketibaan ke:

WhatApp : +6285360131941

Mesej : +6285360131941

Panggilan Telefon : +6285360131941

E-mel : info@safariwisata.co.id anda boleh memasukkan atau menambahkan safariwisatainternational@gmail.com untuk e-mel back up kami sekiranya kesilapan server website.

Lihat juga pakej pelancongan lain dari kami:

  • Pakej Percutian Banda Aceh – Pulau Weh 3 Hari 2 Malam
  • Pakej Percutian Banda Aceh – Pulau Weh 4 Hari 3 Malam
  • Pakej Percutian Banda Aceh – Pulau Weh 3 Hari 2 Malam
  • Pakej Percutian Banda Aceh – Pulau Weh 4 Hari 3 Malam
  • Pakej Percutian Banda Aceh – Pulau Weh – Takengon 5 Hari 4 Malam

Terima kasih anda sudah membaca dengan detail Pakej Percutian Murah Ke Aceh – Pakej Lawatan Bajet ke Acheh 4 Hari 3 Malam dan 3 Hari 2 Malam (4D3N/3D2N). Jika tidak dapat yang anda cari, sila tuan/puan beritahu kami.