Pulau Rubiah: Pulau cantik di Pulau Sabang (Pulau Weh) Acheh & Best snorkeling spot

Pulau Rubiah ialah destinasi percutian yang sangat popular di Pulau Sabang tidak hanya terkenal dikalangan pelancong dalam negara tetapi juga luar negara. Pulau Rubiah adalah salah satu dari lima pulau di Pulau Sabang atau dikenal juga dengan Pulau Weh terletak di pesisir pantai barat-laut Pulau Weh. Pulau ini terkenal dengan taman lautnya yang kaya dengan kehidupan laut iaitu Taman Laut Rubiah. Pulau Weh atau Pulau Sabang sendiri terletak di barat laut Pulau Sumatera tepat di laut Andaman. Pulau Sabang terkenal dengan ekosistemnya di mana kerajaan telah menetapkan daerah sejauh 60 kilometer persegi dari pinggir pulau baik ke dalam dan juga di luar sebagai pemuliharaan. jerung mulut besar boleh ditemukan di pulau ini.

Pulau Rubiah menawarkan banyak lokasi snorkeling terbaik dengan visibility yang sangat baik. Lokasi senorkeling disini adalah salah satu yang terbaik di Pulau Sabang Acheh dan pulau ini paling banyak dilawati oleh pelancong daripada pulau kecil lain di sekitar Pulau Weh Aceh seperti Pulau Seulako, Pulau Rondo dan Pulau Klah, kerana pulau ini tidak hanya boleh dinikmati oleh divers tetapi juga untuk para pelancong yang hanya melihat-lihat kecantikan panorama semula jadi di pulau ini, pantai yang cantik, spot snorkeling yang cantik, spot diving yang cantik baik untuk pemula dan professional, berenang, kayaking dan jug sangat sesuai untuk family trip.

Pulau Rubiah mempunyai pemandangan bawah laut yang jernih dan biru, pantai berpasir putih, pokok-pokok yang lebat dengan udara segar. Pulau ini terkenal dengan pelancongan lautnya di mana pelancong boleh berkeliling pulau dan snorkeling dengan melihat terumbu karang yang cantik dan berenang dengan beratus-ratus ikan-ikan berwarna-warni seperti anda sedang berada di dalam akuarium besar. Biasanya pelancong yang melawat ke pulau ini dengan menggunakan perahu dengan kaca dibawah (glass bottom boat) dimana pelancong dalam perjalanan boleh melihat pemandangan bawah air dari atas perahu sebelum snorkeling di tempat terbaik di taman lautnya.

Jika anda nak melancong ke Pulau Sabang Acheh dan mahu snorkeling dengan beratus-ratus ikan di Pulau Rubiah, anda boleh melihat pakej percutian ke Pulau Sabang yang kami tawarkan berikut:

Pulau Rubiah dikelilingi oleh Taman Laut Rubiah yang memiliki kawasan pemuliharaan laut seluas 2,600 hektar yang melindungi pelbagai spesies karang termasuk spesies karang langka dan biota laut di Indonesia. 15 daripadanya terdapat di Taman Laut ini. Taman laut ini juga terkenal dikalangan kapal layar, tempat menyelam scuba dan tempat research. Untuk penglihatan bawah laut sangat jelas mencapai 10-25 meter, jadi ia kelihatan seperti akuarium besar dan sangat bagus untuk fotografi.

Menerokai Pulau Rubiah seperti disebutkan sebelumnya, tidak hairan banyak aktiviti sukan air yang boleh dilakukan di pulau ini. Tidak hanya berenang, snorkeling namun juga selam scuba, dan kayaking. Ombak kecil sehingga selamat untuk semua orang dan sangat sesuai untuk family tour yang membawa kanak-kanak. Pulau ini tidak berpenghuni, sehingga menawarkan suasana tenang. Terdapat beberapa kedai makanan seafood di pulau ini sehingga pelancong boleh makan tanpa balik ke Pantai Iboih.

Lihat Juga: Pakej Memancing di Pulau Sabang

Air laut biru jernih dengan pasir putih yang lembut seolah-olah menjadi kesatuan yang berpadu yang membuat pelancong merasa betah untuk masa yang lama ketika berada di pulau ini. Nama Pulau Rubiah itu sendiri diambil dari nama wanita bernama Cut Nyak Rubiah yang makamnya ada di pulau ini. Terdapat pelbagai kisah mengenai Nyak Rubiah. Dikisahkan pula, Pulau ini pernah menjadi tempat karantina bagi Jemaah haji Indonesia pada tahun 1920-an. Selain itu, pulau ini juga merupakan kubu kuat Belanda dan Jepun semasa perang dunia II. Ini boleh dilihat dari sisa-sisa kubu bersejarah yang masih boleh anda lihat di pulau ini.

Untuk menjejakkan kaki ke Pulau ini dan menikmati kecantikan taman laut di pulau ini, pelancong boleh memulakan perjalanan dari Banda Aceh ke Pelabuhan Ulee Lheue yang akan memakan masa sekitar 35 minit dari Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Blang Bintang, Aceh Besar dengan kereta. Anda boleh sewa kereta dari Sultan Iskandar Muda airport dengan kami jika anda membutukan kereta sewa di Acheh. Semasa ketibaan di Pelabuhan Ulee Lheue, Anda boleh menggunakan feri cepat hanya 45 minit sahaja dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Balohan Sabang. Dari Pelabuhan Balohan Sabang anda boleh menggunakan mini bas dan pergi ke pantai Iboih dalam masa 45 minit atau juga boleh kontak kami jika anda perlukan kereta sewa di Pulau Sabang Aceh. Tiba di Pantai Iboih, anda boleh menyewa bot atau perahu bawah kaca untuk ke pulau dalam masa 10-15 minit sahaja.

Lihat Juga:

Pulau Rubiah ini merupakan salah satu pulau terbaik dan cantik di Aceh dan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang banyak ditawarkan dalam pakej ke Acheh. Pulau ini juga sangat baik untuk photography. Di sini anda boleh mengambil banyak sekali gambar-gambar cantik. Bagi photographer bawah air, Taman Laut Rubiah merupakan laman menyelam yang cantik terkenal dengan karang berwarna-warni yang cetek. Ia mempunyai cerun berbatu dengan karang keras bercabang besar. Anda juga boleh menemui beberapa anemone gelembung pendarfluor berwarna merah jambu. Anda juga boleh melihat moray honeycomb yang cantik. 

Pulau Rubiah juga sangat cantik untuk melihat sunset di sebelah barat pulau dan juga sunrise yang boleh dilihat dari sebelah timur pulau ini. Pulau hijau yang dikelilingi oleh semua warna biru. Glass bottom boat yang terapung di atas air jernih. Ia adalah surge tropika yang sempurna dengan pasir putih yang lembut, air biru laut dan kehidupan bawah laut yang luar biasa.

Semasa anda di pulau ini yang dikeliling oleh taman yang penuh dengan karang dan biota laut, anda akan menghabiskan sebahagian besar masa anda di perairan. Pemuliaharaan juga berada di perairan pulau ini, anda juga boleh meluangkan masa untuk belajar tentang kehidupan marin.

At last, anda akan disambut dengan pemandangan semula jadi yang menawan ketika anda menginjakkan kaki di Pulau Rubiah ini. Laut biru yang luas digabungkan dengan pantai berpasir putih dan bukit-bukit hijau yang menenangkan dan exotik. Tidak lengkap jika anda melawat ke pulau ini jika hanya untuk melihat-lihat, tetapi semuanya akan menjadi lebih sempuran apabila anda menikmati kecantikan bawah laut dengan snorkeling dan scuba diving. Di bawah laut anda boleh melihat pelbagai macam ikan seperti ikan badut, ikan nemo, ikan botana biru, ikan karang, ikan singa, ikan pelagis, ikan angelfish dan banyak lagi. Terdapat juga pelbagai terumbu karang berwarna-warni yang pasti memanjakan mata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *