Pantai Sumur Tiga Sabang Acheh: Pantai Cantik di Pulau Weh, Aceh

Pantai Sumur Tiga Sabang ialah salah satu pantai pasir putih yang cantik di Pulau Sabang Acheh atau juga dikenal dengan Pulau Weh Aceh. Banyak pelancong baik dari luar negara dan juga dari dalam negara melawat ke pantai ini kerana telah mendengar tentang keindahan pantai dan panorama yang cantik mengelilingi pantai ini. Pantai Sumur Tiga Sabang ialah salah satu tempat menarik di Pulau Sabang yang wajib untuk dilawati ini terletak di sebelah timur Pulau Sabang Aceh dan juga dikenal dengan pantai paling cantik di Sabang dengan pantai yang panjang. Pantai ini terletak tepatnya di Ie Meulee, Kecamatan Sukajaya, Bandar Sabang atau hanya lima belas minit perjalanan dengan kereta dari pusat Bandar Sabang.

Pantai Sumur Tiga adalah pantai paling terkenal di Pulau Sabang yang terletak di kampung pelancongan Ie Meulee. Kawasan ini adalah gabungan pantai dan kehidupan pedalaman sehingga menjadikan suasana sangat semula jadi. Pantai berpasir putih ini telah menjadi kegemaran pelancong untuk bersantai. Pada masa ini, peniagaan hotel, peniagaan makanan berkembang baik di pantai ini, malah beberapa hotel terbaik di Pulau Sabang terletak di pantai ini.

Pantai Sumur Tiga dinamakan Sumur Tiga kerana di sepanjang garis pantai ini terdapat tiga telaga ditemui terpisah dalam jarak beberapa ratus meter antara satu telaga dengan yang lain. Dahuhu telaga ini digunakan oleh penduduk tempatan sebagai sumber air tawar dan bersih untuk mencuci badan mereka dari air garam. Walaupun terletak dekat dengan pantai, telaga ini mempunyai air segar.

Pantai Sumur Tiga ini memiliki air yang jernih dan biru. Lokasi pantai ini di bawah bukit yang curam yang dikelilingi oleh pelbagai pokok-pokok termasuk pokok kelapa yang membuat pantai ini teduh dan sangat nyaman. Untuk sampai ke pantai ini, anda boleh menyewa kereta dari Pelabuhan Balohan Sabang ketika anda tiba dari Banda Aceh. Perjalanan kurang lebih 20 minit saja.

Jika anda nak melawat ke Pulau Sabang Aceh, anda boleh menempah Pakej Percutian ke Aceh dan Sabang yang akan membawa anda ke pantai ini:

Jika anda senang memancing, anda boleh melihat sukan memancing di Sabang dan boleh juga menempah pakej-nya dengan kami:

Pantai Sumur Tiga yang merupakan salah satu kawasan pelancongan pantai di Sabang memiliki aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pelancong:

  • 1. Bersantai

Menikmati hari di Pantai Sumur Tiga dan bersantai bersama-sama dengan keluarga akan memberikan anda ketenangan. Di pantai ini adalah tempat yang tepat untuk anda untuk menghabiskan masa percutian anda. Bayangkan bunyi ombak kecil, udara segar membuat anda sangat santai.

  • 2. Berenang

Pasir putih murni, biru berkilau dan pokok-pokok di pinggir pantai dan dengan pantai yang bersih adalah tempat yang sangat sesuai untuk berenang. Pantai ini merupakan pantai yang mempesona.

  • 3. Sun-bathing

Berenang, sun-bathing atau berjemur atau apapun yang anda lakukan, Pantai ini adalah pantai yang tepat untuk itu. Sekiranya idea anda untuk sun-bathing di pantai ini, anda bisa berjemur di dengan beberapa minuman dan buku yang bagus untuk anda baca sambil sun-bathing.

  • 4. Melihat Sunrise

Pantai ini terletak di sebelah timur Pulau Weh, pada waktu pagi hari, anda boleh melihat matahari terbit atau sunrise yang sangat cantik. Pantai ini adalah salah satu tempat terbaik untuk melihat sunrise di Pulau Sabang.

  • 5. Skuba Diving

Untuk menikmati pemandangan bawah laut, Pantai ini menawarkan satu lokasi scuba diving di selatan pantai ini. Disini anda akan melihat lebih banyak ikan dan terumbu karang, juga terdapat taman karang yang menjadi rumah bagi ikan karang, kepiting, udang belalang, lobster dan banyak lagi biota laut.

Lihat Juga:

  • 6. Dining

Pantai Sumur Tiga adalah pantai yang sesuai untuk anda menikmati makan malam. Anda bisa menikmati makan malam di restoran Freddy dan juga di Casanemo. Restoran itu terletak di pinggir pantai dengan pemandangan laut yang cantik.

  • 7. Spa

Bagi anda yang mencari Spa, Sumur Tiga merupakan tempat yang bagus dimana di dua resort terkenal di pantai ini, iaitu Freddy dan Casanemo menawarkan paket body spa.

  • 8. Wind Surfing

Anda boleh melakukan wind surfing di pantai ini kerana perairan disini menawarkan angina yang bagus untuk wind surfing. Angin yang kuat dan Ombak yang tenang dengan pemandangan semula jadi membuat tempat ini menjadi tempat yang sesuai untuk windsurfing.

  • 9. Snorkeling

Snorkeling merupakan salah satu aktiviti yang boleh anda cuba di pantai ini. Walaupun tak secantik di Taman Pulau Rubiah di Pulau Rubiah Sabang, namun anda boleh melihat pelbagai spesies ikan karang, kepiting, lobster dan ikan pelagis.

  • 10. Photography

Fotografi di pantai ini merupakan salah satu aktiviti menarik untuk dilakukan dengan pemandangan yang sangat cantik dengan backdrop laut biru dengan pokok-pokok akan membuat fotografi anda sangat istimewa. Pantai ini akan membuat anda ingin mengosongkan memori kamera anda dan mengambil banyak gambar dengan latar cantik.

Terdapat banyak resort dengan pemandangan ke laut terbuka yang akan menhipnotis banyak pelancong untuk menginap disini. Berikut senarai beberapa Penginapan di Pantai Sumur Tiga Sabang:

  1. Freddy Santai Sumur Tiga
  2. Casanemo
  3. Monle Cottage
  4. The Point Sabang Resort
  5. Hotel Sumur Tiga

Tidak jauh dari sumur tiga, terdapat tempat Pelancongan lain yang boleh anda lawati, berikut senarai tempat menarik lain dekat Pantai Sumur Tiga:

  1. Pantai Tapak Gajah
  2. Pantai Ujong Kareung
  3. Pantai Anoe Itam
  4. Pantai Kasih
  5. Bunker Jepun

Lihat juga:

Pantai Sumur Tiga yang panjang garis pantai lebih kurang 2 kilometer menjadi pantai favorit bagi banyak pelancong dan banyak pelancong pasti akan melawat ke pantai ini. Anda boleh berehat dan relax di pantai dengan pemandangan yang cantik oleh jejeran pokok kelapa, air laut berwarna hijau toska, pasir putih yang lembut dan view perbukitan yang indah. Pemandangan semula jadi ini akan membuat pelancong akan betah tinggal lebih lama di pantai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *