

Pantai Sumur Tiga Sabang Acheh: Pantai Cantik di Pulau Weh, Aceh
Pantai Sumur Tiga Sabang ialah salah satu pantai pasir putih yang cantik di Pulau Sabang Acheh atau juga dikenal dengan Pulau Weh Aceh. Banyak pelancong baik dari luar negara dan juga dari dalam negara melawat ke pantai ini kerana telah mendengar tentang keindahan pantai dan panorama yang cantik mengelilingi pantai ini. Pantai Sumur Tiga Sabang ialah salah satu tempat menarik di Pulau Sabang yang wajib untuk dilawati ini terletak di sebelah timur Pulau Sabang Aceh dan juga dikenal dengan pantai paling cantik di Sabang dengan pantai yang panjang. Pantai ini terletak tepatnya di Ie Meulee, Kecamatan Sukajaya, Bandar Sabang atau hanya lima belas minit perjalanan dengan kereta dari pusat Bandar Sabang.

Pantai Sumur Tiga adalah pantai paling terkenal di Pulau Sabang yang terletak di kampung pelancongan Ie Meulee. Kawasan ini adalah gabungan pantai dan kehidupan pedalaman sehingga menjadikan suasana sangat semula jadi. Pantai berpasir putih ini telah menjadi kegemaran pelancong untuk bersantai. Pada masa ini, peniagaan hotel, peniagaan makanan berkembang baik di pantai ini, malah beberapa hotel terbaik di Pulau Sabang terletak di pantai ini.
Pantai Sumur Tiga dinamakan Sumur Tiga kerana di sepanjang garis pantai ini terdapat tiga telaga ditemui terpisah dalam jarak beberapa ratus meter antara satu telaga dengan yang lain. Dahuhu telaga ini digunakan oleh penduduk tempatan sebagai sumber air tawar dan bersih untuk mencuci badan mereka dari air garam. Walaupun terletak dekat dengan pantai, telaga ini mempunyai air segar.

Pantai Sumur Tiga ini memiliki air yang jernih dan biru. Lokasi pantai ini di bawah bukit yang curam yang dikelilingi oleh pelbagai pokok-pokok termasuk pokok kelapa yang membuat pantai ini teduh dan sangat nyaman. Untuk sampai ke pantai ini, anda boleh menyewa kereta dari Pelabuhan Balohan Sabang ketika anda tiba dari Banda Aceh. Perjalanan kurang lebih 20 minit saja.
Jika anda nak melawat ke Pulau Sabang Aceh, anda boleh menempah Pakej Percutian ke Aceh dan Sabang yang akan membawa anda ke pantai ini:
Jika anda senang memancing, anda boleh melihat sukan memancing di Sabang dan boleh juga menempah pakej-nya dengan kami:
Pantai Sumur Tiga yang merupakan salah satu kawasan pelancongan pantai di Sabang memiliki aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pelancong:
- 1. Bersantai
Menikmati hari di Pantai Sumur Tiga dan bersantai bersama-sama dengan keluarga akan memberikan anda ketenangan. Di pantai ini adalah tempat yang tepat untuk anda untuk menghabiskan masa percutian anda. Bayangkan bunyi ombak kecil, udara segar membuat anda sangat santai.
- 2. Berenang
Pasir putih murni, biru berkilau dan pokok-pokok di pinggir pantai dan dengan pantai yang bersih adalah tempat yang sangat sesuai untuk berenang. Pantai ini merupakan pantai yang mempesona.
- 3. Sun-bathing
Berenang, sun-bathing atau berjemur atau apapun yang anda lakukan, Pantai ini adalah pantai yang tepat untuk itu. Sekiranya idea anda untuk sun-bathing di pantai ini, anda bisa berjemur di dengan beberapa minuman dan buku yang bagus untuk anda baca sambil sun-bathing.
- 4. Melihat Sunrise
Pantai ini terletak di sebelah timur Pulau Weh, pada waktu pagi hari, anda boleh melihat matahari terbit atau sunrise yang sangat cantik. Pantai ini adalah salah satu tempat terbaik untuk melihat sunrise di Pulau Sabang.
- 5. Skuba Diving

Untuk menikmati pemandangan bawah laut, Pantai ini menawarkan satu lokasi scuba diving di selatan pantai ini. Disini anda akan melihat lebih banyak ikan dan terumbu karang, juga terdapat taman karang yang menjadi rumah bagi ikan karang, kepiting, udang belalang, lobster dan banyak lagi biota laut.
Lihat Juga:
- Pakej Skuba Diving di Sabang
- Pakej Menyelam Pemula (Diving Course)
- Lokasi Skuba diving di Indonesia yang best
- Lokasi Skuba Diving di Sabang
- 6. Dining
Pantai Sumur Tiga adalah pantai yang sesuai untuk anda menikmati makan malam. Anda bisa menikmati makan malam di restoran Freddy dan juga di Casanemo. Restoran itu terletak di pinggir pantai dengan pemandangan laut yang cantik.
- 7. Spa
Bagi anda yang mencari Spa, Sumur Tiga merupakan tempat yang bagus dimana di dua resort terkenal di pantai ini, iaitu Freddy dan Casanemo menawarkan paket body spa.
- 8. Wind Surfing
Anda boleh melakukan wind surfing di pantai ini kerana perairan disini menawarkan angina yang bagus untuk wind surfing. Angin yang kuat dan Ombak yang tenang dengan pemandangan semula jadi membuat tempat ini menjadi tempat yang sesuai untuk windsurfing.
- 9. Snorkeling
Snorkeling merupakan salah satu aktiviti yang boleh anda cuba di pantai ini. Walaupun tak secantik di Taman Pulau Rubiah di Pulau Rubiah Sabang, namun anda boleh melihat pelbagai spesies ikan karang, kepiting, lobster dan ikan pelagis.
- 10. Photography
Fotografi di pantai ini merupakan salah satu aktiviti menarik untuk dilakukan dengan pemandangan yang sangat cantik dengan backdrop laut biru dengan pokok-pokok akan membuat fotografi anda sangat istimewa. Pantai ini akan membuat anda ingin mengosongkan memori kamera anda dan mengambil banyak gambar dengan latar cantik.
Terdapat banyak resort dengan pemandangan ke laut terbuka yang akan menhipnotis banyak pelancong untuk menginap disini. Berikut senarai beberapa Penginapan di Pantai Sumur Tiga Sabang:
- Freddy Santai Sumur Tiga
- Casanemo
- Monle Cottage
- The Point Sabang Resort
- Hotel Sumur Tiga
Tidak jauh dari sumur tiga, terdapat tempat Pelancongan lain yang boleh anda lawati, berikut senarai tempat menarik lain dekat Pantai Sumur Tiga:
- Pantai Tapak Gajah
- Pantai Ujong Kareung
- Pantai Anoe Itam
- Pantai Kasih
- Bunker Jepun
Lihat juga:
- Tempat Menarik di Aceh Indonesia
- Tempat Menarik di Banda Aceh
- Pakej Percutian ke Acheh
- Pakej Percutian ke Indonesia
- Tempat Menarik di Indonesia
- Tempat Menarik di Bali Indonesia
- Tempat Menarik di Lombok
- Tempat Menarik di Balikpapan
- Pakej Percutian ke Bali Indonesia
- Pakej Percutian ke Lombok Indonesia
Pantai Sumur Tiga yang panjang garis pantai lebih kurang 2 kilometer menjadi pantai favorit bagi banyak pelancong dan banyak pelancong pasti akan melawat ke pantai ini. Anda boleh berehat dan relax di pantai dengan pemandangan yang cantik oleh jejeran pokok kelapa, air laut berwarna hijau toska, pasir putih yang lembut dan view perbukitan yang indah. Pemandangan semula jadi ini akan membuat pelancong akan betah tinggal lebih lama di pantai ini.

Membeli Belah di Aceh: Tempat Shopping & Cenderahati dari Acheh & Sabang, Indonesia
Membeli belah di Aceh adalah salah satu aktiviti menarik dan wajib bagi puan-puan yang bercuti di Acheh Indonesia. Shopping adalah suatu keseronokan bila anda berada di Banda Aceh atau juga di Pulau Sabang Aceh. Ada banyak pasar dan kedai cenderahati dari pasar siang hingga pasar malam. Anda boleh memilih tempat mana yang anda suka nak shopping mulai dari jewelry hingga kek khas Aceh.
Pusat membeli belah di Aceh termasuk kedai-kedai cenderahati berada di Banda Aceh, Aceh Besar, Pulau Sabang dan juga ada di daerah lain jika anda melawat ke Pidie, Aceh Tengah, Aceh Selatan, maupun Simeulue. Banda Aceh, Aceh Besar dan Pulau Weh adalah tiga tempat di mana banyak dilawati oleh banyak pelancong dari dalam dan luar negara.

Jika anda berada di Banda Aceh pusat shopping terletak di Pasar Lamnyong, Pasar Aceh & Setui. Jika anda berada di Pulau Sabang pusat cenderahati ada di Bandar Sabang, Iboih dan Kilometer Sifar Indonesia. Anda juga boleh membeli kek khas Aceh di Lampisang Aceh Besar. Jika anda nak melawat ke Acheh, anda boleh tempah pakej percutian ke Aceh dan Sabang dengan kami untuk memudahkan perjalanan percutian anda dan membolehkan kami membuat anda gembira bercuti ke Acheh:
Orang Aceh mempunyai banyak kraftangan yang berbeza di setiap wilayah tertentu. Kawasan pesisir membuat tenunan sutera, sulaman benang emas, pisau dan belati yang diukir, perhiasan, anyaman buluh, kain tenunan hingga pelbagai makanan dan minuman tradisional.
Berikut beberapa barang shopping dan cenderahati yang boleh anda beli ketika anda melawat ke Aceh:
- 1. Sulaman Benang Emas

Sulaman benang emas adalah reka bentuk jahitan hiasan menggunakan dua jenis benang. Yang pertama adalah sutera tradisional menggunakan benang emas sintetik dengan inti kapas dan yang kedua benang kapas berwarna. Sulaman ini digunakan untuk bed covers, ruang resepsi perkahwinan, hiasan dinding, sarung bantar, tikar dan banyak lagi.
- 2. Tenunan Sutera

Sejak abad ke-10, tenunan sutera dari Pidie Acheh adalah produk yang popular. Produk tenunan sutera ini dieksport ke India dan China sehingga abad ke-16 dan ia adalah kualiti yang lebih tinggi daripada buatan India pada masa itu. Saat ini ada beberapa tenunan sutera yang boleh anda beli di Aceh.
- 3. Jewelry

Catatan-catatan tertua tukan emas Aceh berasal dari zaman antara abad ke-13 hingga ke-15 semasa kerajaan Samudera Pasai menggunakan wang syiling emas dan kemudian oleh Sultan Iskandar Muda menggunakan tiga ratus tukang emas untuk bekerja di istana di Banda Aceh untuk menghasilkan karya seni emas berkualiti tinggi. Kesukaan untuk emas di Aceh masih sangat kuat dan anda masih boleh menjumpai karya seni emas berkualiti terbaik di Banda Aceh sekarang ini dengan reka bentuk tradisional yang menarik.
- 4. Pisau Aceh (Rencong)

Rencong adalah pisau Aceh yang paling popular. Ia menjadi terkenal semasa perang Aceh. Pada masa kini ia digunakan pada pakaian tradisional lelaki dan upacara perkahwinan dan juga cenderahati yang popular.
- 5. Anyaman Alang-alang

Anyaman alang-alang dari Aceh sebagai karya seni yang dibuat oleh wanita Aceh pada saat waktu luang dengan membuat tas tangan, tikar, gantungan dinding dan lain-lain dalam banyak warna.
- 6. Songket Aceh

Songket Aceh adalah kain tenunan tradisional dengan menggunakan alat tenun tangan. Budaya menenun di Aceh telah ada ratusan tahun lalu sama seperti orang-orang di Pulau Jawa menenun batik. Kain tenunan Aceh sangat populer pada tahun 1970-an dan terus berkembang.
- 7. Bag Motif Aceh

Beg etnik Aceh adalah salah satu barang fesyen yang boleh dijadikan cenderahati misalnya beg sulaman khas Aceh. Beg khas Aceh memiliki pelbagai jenis beg yang sesuai untuk pelbagai majlis seperti perjalanan, pesta perkahwinan, acara formal dan juga sebagai cenderahati. Tidak seperti beg daerah lain, beg Aceh yang asli berbeza kerana terbuat dari jahitan bersulam dengan menampilkan pelbagai motif dan warna. Kecantikan beg Aceh ini tidak hanya populer di negara ini, tetapi juga dunia dimana beberapa waktu lalu di Bali, beg border Aceh muncul di Oprah Winfrey Show tahun 2010 pada pertemuan tahunan IMF (Inernational monetary Fund) dimana beg bersulam ini diburu oleh peserta perwakilan dari pelbagai negara.
- 8. Kupiah Aceh

Kupiah Aceh adalah topi khas Aceh yang juga dikenal sebagai Kupiah Meukeutop yang merupakan fesyen kerajaan Aceh yang digunakan oleh raja-raja Aceh pada masa lalu. Topi ini menggambarkan sosok seorang bangsawan Aceh dengan rona merah, kuning dan hijau. Topi tradisional Aceh ini biasanya juga digunakan sebagai pelangkap pakaian tradisional yang dipakai oleh laki-laki baik semasa acara perkahwinan atau acara upacara tradisional. Pada masa ini, banyak topi ini dibuat dengan motif yang sama dalam bentuk berbeza untuk keperluan majlis agama, seperti sholat dan pengajian.
- 9. Kain Sarung Sulaman

Ada bermacam sarung dari Aceh yang khas dan sangat sesuai untuk cenderahati. Salah satu produk sarung dari Aceh adalah Wadimor dengan motif khas Aceh dan pelbagai warna yang merupakan produk asli dari Aceh. Sarung Aceh sendiri mempunyai ciri tersendiri baik dari segi reka bentuk dan dari motif Acheh. Sarung Aceh diperbuat daripada bahan khas yang digunakan dengan bahan yang lembut dan halus dapat menimbulkan rasa selesa ketika digunakan. Sarung ini sangat terkenal di mana-mana. Juga terdapat iklan di televisyen dan spanduk di Indonesia.
- 10. Baju Batik Motif Aceh

Batik adalah kain bergambar yang dibuat khas. Sejak 2 Oktober 2009, UNESCO telah menetapkan batik sebagai salah satu warisan budaya Indonesia. Salah satu batik di Indonesia adalah batik khas Aceh dengan motif Aceh. Baju Batik ini boleh anda pakai untuk menghadiri majlis perkahwian dan acara formal.
- 11. Kerawang Gayo

Kerwang Gayo adalah seni dari Dataran Tinggi Gayo yang merupakan salah satu suku di Aceh. Motif Kerawang Gayo memiliki 14 motif. Seni ini telah dihasilkan oleh pereka tempatan yang memberikan warna dan design hingga terkenal di peringkat antarbangsa.
- 12. Jade Ring

Batu Akik (Jade Ring) pernah mendapat peminat yang luar biasa di Aceh dan populer di Indonesia pada masa 2013. Salah satu batu yang paling populer dari Aceh adalah batu giok Aceh dengan warna yang cantik. Batu semula jadi dari Aceh ini sangat diminati. Batu giok yang cantik dari Aceh antara lain, Jade Moss yang merupakan jenis batu langka yang memiliki warna hijau lumt yang sangat cantik, Jade Neprite yang mengandung mineral natrium dan magnesium silikat, Black Jade dengan kandungan mineral besi dan Solar Jade Adocrase (Bio-Solar Gemstone).
- 13. Kopi Aceh

Kopi Aceh adalah jenis kopi yang unggul dan salah satu kopi terbaik di dunia, iaitu kopi Gayo Arabica yang terkenal di peringkat antarabangsa. Aceh juga terkenal sebagai salah satu pusat produksi kopi Arabica terbesar tidak hanya di Indonesia tetapi juga di Asia dengan kopi berkualitas terbaik tingkat dunia. Kopi ini memiliki ciri khas aroma dan rasa. Jika anda membeli belah di Aceh dan ingin membawa cenderahati, salah satu yang terbaik saat anda shopping adalah kopi Aceh. Ada beragam pilihan kopi Aceh baik yang powder maupun bean seperti Luwak Kopi Arabica, Wine Kopi, Kopi Hijau, King Gayo, Long Berry, Bland, Robusta dan masih banyak lagi yang lainnya.
- 14. Keukarah

Keukarah ini merupakan kuki yang mempunyai rasa manis dan rangup. Penampilan fizikalnya kelihatan seperti sarang burung yang halus dibuat dengan tepung beras dengan aroma caramel khas. Keukarah dapat dengan mudah anda beli di warung cenderamata di Banda Aceh.
- 15. Bhoi

Bhoi adalah sejenis kek span, dibuat dari tepung beras, telur itik dan gula. Kek ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti ikan, bunga dan bintang. Kek span Aceh ini mempunyai tekstur luar kering dan dalaman yang lembut dengan rasa manis menjadikan kek ini enak dimakan dengan secawan kopi suam. Selain menjadi kek untuk dimakan harian, Kuih Bhoi ini juga merupakan bahagian dari tradisi Aceh dimana di majlis perkahwinan digunakan sebagai daripada hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Bhoi juga menjadi cenderamata ketika mengunjungi saudara di hari raya.
- 16. Dendeng Khas Aceh

Dendeng Khas Aceh dibuat dari daging lembu atau daging rusa dengan dihiris nipis dan dikeringkan. Semasa pengeringan, daging dicampur dengan rempah dan perasa tradisional. Dendeng ini memiliki beberapa rasa iaitu manis, masin dan kari. Proses pembuatan dendeng ini tanpa bahan pengawet. Dendeng ini memiliki rasa sangat lazat dan ramai pelancong membeli dendeng ini untuk cenderahati dari Aceh.
- 17. Adee Kak Nah

Kek bikang Adee Kak Nah menjadi kek yang populer menjadi cenderahati saat ini. Sebelum ini, kek ini hanya boleh dijumpai di kawasan Pidie Jaya, sekarang boleh anda membelinya di Banda Aceh. Kek ini dibuat dengan tepung dan ubi kayu dengan aroma bawang goreng dan rasa pandan yang memiliki tekstur lembut. Kek ini sangat lazat dinikmati dengan secawan kopi.
- 18. Keumamah

Keumamah adalah ikan yang dikeringkan atau juga dipanggil Ikan Kayu, ikan ini kemudian dipotong menjadi kepingan nipis dan direndam kembali dalam air panas, mestilah tidak keras seperti kayu. Kemudian dimasak dalam rempah menjadi kari dari kelapa pekat. Ini masakan yang sangat lazat di Aceh. Saat ini Keumamah juga sudah dibuat untuk menjadi cenderahati atau juga disebut keumamah kering yang sudah dimasak. Masakan ini adalah salah satu kuliner peninggalan masa kolonial Belanda dimana pada masa itu perang dan masyarakat Aceh membuat masakan ini kerana tahan lama dan praktikal.
- 19. Pisang Salee

Pisang Sale adalah makanan yang diproses dari pisang yang disisir nipis kemudian dikeringkan. Pada saat ini, penjualan Pisang Sale menembusi pasaran antarbangsa. Pisang Sale ini memiliki rasa yang khas. Rasa ini dipengaruhi oleh cara pemprosesan, pembungkusan dan penyimpanan.
- 20. Kerupuk Mulieng

Kerupuk Mulieng adalah chip atau keropok dari melinjo dan menjadi salah satu makanan khas Aceh yang terkenal. Kerepek ini banyak dihasilkan di Pidie dengan rasa yang khas berbeza dengan yang dihasilkan di daerah Sumatra lain. Keropok ini mempunyai rasa gurih dengan rasa masin yang sesuai. Proses pembuatannya dijaga secara tradisional dari generasi ke generasi sehingga rasanya tidak berubah.
- 21. Dodol Aceh

Dodol Aceh adalah salah satu kek tradisonal terkenal. Ada banyak jenis dodol Aceh yang dibuat dari pelbagai daerah di Aceh, seperti Dodol Sabang, Aceh Besar dan lain-lain. Dodol ini beragam warna mulai dari coklat hingga kream. Salah satu yang paling lazat adalah Dodol Meuseukat yang mempunyai warna kuning dengan rasa manis dan tekstur yang lembut dan kenyal. Rasa manis dodol ini berasal dari nenas. Dibuat dengan campuran tepung gandum, air, gula, mentega, nanas dan jus lemon. Ini menjadi salah satu kek tradisonal utama dan biasanya dibawa pada majlis perkahwinan dan momen special.
- 22. Kek Bakpia Sabang

Kek Bakpia Sabang adalah salah satu makanan ringan yang paling dicari pelancong di Pulau Sabang (Pulau Weh). Kek ini dibuat dari campuran kacang hijau dan gula yang dibungkus tepung kemudian dibakar. Di Indonesia juga banyak kek ini dikenal dengan nama Kek Pia, namun rasa kek Bakpia Sabang ini berbeza. Salah satu bakpia Sabang paling lazat untuk anda beli adalah Bakpia AG Sabang.
- 23. Timphan

Timphan Aceh adalah kek atau hidangan khas Aceh. Kek ini banyak ditemui di kedai kopi dengan pelbagai rasa. Timphan juga menjadi salah satu menu hidangan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah pada hari raya. Timpan merupakan makanan yang lembut yang dibungkus dengan daun pisang muda yang isinya adalah balutan tepung dengan kelapa dan ada juga srikaya.
- 24. Manisan Pala

Manisan Pala adalah pala permen yang merupakan salah satu makanan khas Aceh Selatan & Tapaktuan. Di Kabupaten Aceh Selatan terdapat banyak sekali pohon pala. Tidak hanya diambil biji pala saja, dagingnya dibuat menjadi makanan ringan. Anda boleh membeli gula-gula ini di kedai cenderahati di Banda Aceh.
- 25. Kembang Loyang

Kembang Loyang adalah kuih khas dari Banda Aceh. Hidangan penaik ini dibuat dari tepung roti yang dicampur gula dan telur serta pati kelapa. Doh ini dikacau hingga sebati kemudian cetakan kuali bunga dicelupkan ke dalam adunan dan kemudian digoreng di dalam kuali. Kek ini sering dijumpai pada acara perayaan. Saat ini anda juga boleh membeli belah di Aceh dengan membeli kek ini sebagai cenderahati dari Acheh.
Anda nak Shopping di Acheh, Apa saja yang boleh anda membeli belah di Aceh dan Sabang! Anda sudah memiliki senarainya. Anda boleh berbelanda di Banda Aceh di mana banyak terdapat kedai cenderahati & ada juga tempat dimana anda boleh melihat produk itu dibuat.

Pulau Rubiah: Pulau cantik di Pulau Sabang (Pulau Weh) Acheh & Best snorkeling spot
Pulau Rubiah ialah destinasi percutian yang sangat popular di Pulau Sabang tidak hanya terkenal dikalangan pelancong dalam negara tetapi juga luar negara. Pulau Rubiah adalah salah satu dari lima pulau di Pulau Sabang atau dikenal juga dengan Pulau Weh terletak di pesisir pantai barat-laut Pulau Weh. Pulau ini terkenal dengan taman lautnya yang kaya dengan kehidupan laut iaitu Taman Laut Rubiah. Pulau Weh atau Pulau Sabang sendiri terletak di barat laut Pulau Sumatera tepat di laut Andaman. Pulau Sabang terkenal dengan ekosistemnya di mana kerajaan telah menetapkan daerah sejauh 60 kilometer persegi dari pinggir pulau baik ke dalam dan juga di luar sebagai pemuliharaan. jerung mulut besar boleh ditemukan di pulau ini.
Pulau Rubiah menawarkan banyak lokasi snorkeling terbaik dengan visibility yang sangat baik. Lokasi senorkeling disini adalah salah satu yang terbaik di Pulau Sabang Acheh dan pulau ini paling banyak dilawati oleh pelancong daripada pulau kecil lain di sekitar Pulau Weh Aceh seperti Pulau Seulako, Pulau Rondo dan Pulau Klah, kerana pulau ini tidak hanya boleh dinikmati oleh divers tetapi juga untuk para pelancong yang hanya melihat-lihat kecantikan panorama semula jadi di pulau ini, pantai yang cantik, spot snorkeling yang cantik, spot diving yang cantik baik untuk pemula dan professional, berenang, kayaking dan jug sangat sesuai untuk family trip.
Pulau Rubiah mempunyai pemandangan bawah laut yang jernih dan biru, pantai berpasir putih, pokok-pokok yang lebat dengan udara segar. Pulau ini terkenal dengan pelancongan lautnya di mana pelancong boleh berkeliling pulau dan snorkeling dengan melihat terumbu karang yang cantik dan berenang dengan beratus-ratus ikan-ikan berwarna-warni seperti anda sedang berada di dalam akuarium besar. Biasanya pelancong yang melawat ke pulau ini dengan menggunakan perahu dengan kaca dibawah (glass bottom boat) dimana pelancong dalam perjalanan boleh melihat pemandangan bawah air dari atas perahu sebelum snorkeling di tempat terbaik di taman lautnya.
Jika anda nak melancong ke Pulau Sabang Acheh dan mahu snorkeling dengan beratus-ratus ikan di Pulau Rubiah, anda boleh melihat pakej percutian ke Pulau Sabang yang kami tawarkan berikut:
Pulau Rubiah dikelilingi oleh Taman Laut Rubiah yang memiliki kawasan pemuliharaan laut seluas 2,600 hektar yang melindungi pelbagai spesies karang termasuk spesies karang langka dan biota laut di Indonesia. 15 daripadanya terdapat di Taman Laut ini. Taman laut ini juga terkenal dikalangan kapal layar, tempat menyelam scuba dan tempat research. Untuk penglihatan bawah laut sangat jelas mencapai 10-25 meter, jadi ia kelihatan seperti akuarium besar dan sangat bagus untuk fotografi.
Menerokai Pulau Rubiah seperti disebutkan sebelumnya, tidak hairan banyak aktiviti sukan air yang boleh dilakukan di pulau ini. Tidak hanya berenang, snorkeling namun juga selam scuba, dan kayaking. Ombak kecil sehingga selamat untuk semua orang dan sangat sesuai untuk family tour yang membawa kanak-kanak. Pulau ini tidak berpenghuni, sehingga menawarkan suasana tenang. Terdapat beberapa kedai makanan seafood di pulau ini sehingga pelancong boleh makan tanpa balik ke Pantai Iboih.
Lihat Juga: Pakej Memancing di Pulau Sabang
Air laut biru jernih dengan pasir putih yang lembut seolah-olah menjadi kesatuan yang berpadu yang membuat pelancong merasa betah untuk masa yang lama ketika berada di pulau ini. Nama Pulau Rubiah itu sendiri diambil dari nama wanita bernama Cut Nyak Rubiah yang makamnya ada di pulau ini. Terdapat pelbagai kisah mengenai Nyak Rubiah. Dikisahkan pula, Pulau ini pernah menjadi tempat karantina bagi Jemaah haji Indonesia pada tahun 1920-an. Selain itu, pulau ini juga merupakan kubu kuat Belanda dan Jepun semasa perang dunia II. Ini boleh dilihat dari sisa-sisa kubu bersejarah yang masih boleh anda lihat di pulau ini.
Untuk menjejakkan kaki ke Pulau ini dan menikmati kecantikan taman laut di pulau ini, pelancong boleh memulakan perjalanan dari Banda Aceh ke Pelabuhan Ulee Lheue yang akan memakan masa sekitar 35 minit dari Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Blang Bintang, Aceh Besar dengan kereta. Anda boleh sewa kereta dari Sultan Iskandar Muda airport dengan kami jika anda membutukan kereta sewa di Acheh. Semasa ketibaan di Pelabuhan Ulee Lheue, Anda boleh menggunakan feri cepat hanya 45 minit sahaja dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Balohan Sabang. Dari Pelabuhan Balohan Sabang anda boleh menggunakan mini bas dan pergi ke pantai Iboih dalam masa 45 minit atau juga boleh kontak kami jika anda perlukan kereta sewa di Pulau Sabang Aceh. Tiba di Pantai Iboih, anda boleh menyewa bot atau perahu bawah kaca untuk ke pulau dalam masa 10-15 minit sahaja.
Lihat Juga:
- Tempat Menarik di Acheh
- Tempat Menarik di Banda Aceh
- Membeli-belah di Aceh
- Tempat Menarik di Indonesia
- Pakej Percutian di Indonesia
Pulau Rubiah ini merupakan salah satu pulau terbaik dan cantik di Aceh dan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang banyak ditawarkan dalam pakej ke Acheh. Pulau ini juga sangat baik untuk photography. Di sini anda boleh mengambil banyak sekali gambar-gambar cantik. Bagi photographer bawah air, Taman Laut Rubiah merupakan laman menyelam yang cantik terkenal dengan karang berwarna-warni yang cetek. Ia mempunyai cerun berbatu dengan karang keras bercabang besar. Anda juga boleh menemui beberapa anemone gelembung pendarfluor berwarna merah jambu. Anda juga boleh melihat moray honeycomb yang cantik.
Pulau Rubiah juga sangat cantik untuk melihat sunset di sebelah barat pulau dan juga sunrise yang boleh dilihat dari sebelah timur pulau ini. Pulau hijau yang dikelilingi oleh semua warna biru. Glass bottom boat yang terapung di atas air jernih. Ia adalah surge tropika yang sempurna dengan pasir putih yang lembut, air biru laut dan kehidupan bawah laut yang luar biasa.
Semasa anda di pulau ini yang dikeliling oleh taman yang penuh dengan karang dan biota laut, anda akan menghabiskan sebahagian besar masa anda di perairan. Pemuliaharaan juga berada di perairan pulau ini, anda juga boleh meluangkan masa untuk belajar tentang kehidupan marin.
At last, anda akan disambut dengan pemandangan semula jadi yang menawan ketika anda menginjakkan kaki di Pulau Rubiah ini. Laut biru yang luas digabungkan dengan pantai berpasir putih dan bukit-bukit hijau yang menenangkan dan exotik. Tidak lengkap jika anda melawat ke pulau ini jika hanya untuk melihat-lihat, tetapi semuanya akan menjadi lebih sempuran apabila anda menikmati kecantikan bawah laut dengan snorkeling dan scuba diving. Di bawah laut anda boleh melihat pelbagai macam ikan seperti ikan badut, ikan nemo, ikan botana biru, ikan karang, ikan singa, ikan pelagis, ikan angelfish dan banyak lagi. Terdapat juga pelbagai terumbu karang berwarna-warni yang pasti memanjakan mata anda.


Pulau Klah Sabang Aceh: Pulau cantik sesuai untuk memancing, diving dan Snorkeling di Pulau Weh
Pulau Klah Sabang adalah salah satu daripada empat pulau di Pulau Weh atau juga dikenal dengan Pulau Sabang Aceh, Indonesia. Empat pulau lain ialah Pulau Klah, Pulau Seulako, Pulau Rubiah dan Pulau Rondo yang paling luar. Keempat pulau ini adalah bahagian daripada Pulau Weh. Pulau Klah Sabang ini tidak berpenghuni terletak di barat laut Pulau Sabang.
Pulau ini menjadi salah satu tempat menarik di Pulau Sabang Aceh kerana ramai pelancong yang melawat ke Pulau Sabang, dalam perjalanan ke Pantai Iboih atau Pantai Gapang, mereka berhenti sekejap di Cot Batree iaitu tempat dimana anda boleh melihat panorama Pulau Klah dan menikmati minuman kelapa muda atau tempat ini juga dikenal dengan nama Klah View Point yang sangat sesuai untuk fotografi. Di tempat ini anda juga boleh menikmati makanan khas iaitu Rujak Pulau Klah yang merupakan salad buah khas Acheh.

Pulau Klah terletak di antara teluk Sabang di mana kapal pesiar dan kapal besar lain yang datang dan memarkir kapal mereka di Pelabuhan Bebas BPKS atau juga dikenal sebagai Pelabuhan Bebas Sabang (Sabang Free Port). Di pulau ini terdapat rumah lighthouse di pinggir pulau. Jika anda berada di Pantai Krueng Raya, anda akan melihat pulau ini dengan jelas.
Pulau Klah mempunyai tarikan tersendiri kepada pelancong kerana menawarkan panorama yang indah dan ketenangan. Ia mempunyai pantai pasir putih yang bagus dan air laut biru. Pulau ini ditumbuhi banyak pokok, tetapi di sebelah timur pulau ini sedikit curam, terlihat seperti tanah runtuh. Menurut beberapa orang lokal, itu disebabkan oleh bencana tsunami pada Disember tahun 2004.
Di pulau ini, anda tidak hanya dapat melihat keindahan pemandangan pulau, tetapi pulau ini juga memiliki tarikan bawah laut yang menawarkan tempat menyelam dan snorkeling yang luar biasa untuk pecinta kecantikan alam bawah laut.
Dengan laut yang cetek, dengan snorkeling di pulau ini, anda dapat melihat pelbagai jenis ikan berwarna-warni dan terumbu karang hiasan. Di samping itu, pulau ini adalah salah satu tempat yang bagus untuk melihat matahari terbenam di Sabang.
Anda berminat nak melawat ke Pulau Sabang untuk meneroka keindahan Pulau Sabang, anda boleh menempah Ground Pakej melancong ke Acheh dan Sabang dengan kami dengan pelbagai pilihan penawaran pakej:


Kami juga menawarkan Ground Pakej ke Acheh yang lain yang mungkin menarik untuk anda:



Berhampiran pulau ini, terdapat juga akuakultur ikan karang dan udang. Sekiranya anda mahukan ikan segar, anda boleh membeli dari sana. Pulau Klah juga memiliki tempat memancing yang baik, baik untuk menangkap sederhana dan pecinta memancing ultralight. Tetapi kawasan memancing di dekat pantai adalah tempat uang cetek yang mensasarkan kerapu merah, kerapu sirip panjang, trevaly sirip biru, kakap lorong dan spesies lain. Memancing di pulau ini menawarkan pengalaman yang berbeza bagi pemancing.
Anda juga boleh mencuba memancing dengan berjalan-jalan sedikit di perairan berhampiran pantai untuk menangkap ikan trevally sirip biru. Di sebelah barat pulau, ada tempat memancing yang bagus untuk menangkap ikan kakap merah dan ikan kakab rubi, tetapi anda mesti pergi memancing dengan bot sewa. Sekiranya anda mahu mencuba kegembiraan menangkap ikan besar di Pulau Sabang, anda boleh menempah trip & pakej memancing ke Sabang dengan kami:
Untuk sampai ke Pulau Klah Sabang, anda mesti sampai di Pulau Sabang terlebih dahulu dari Banda Aceh dengan kapal feri. Terdapat dua jenis kapal feri ke Pulau Sabang, iaitu feri express atau feri cepat dan feri regular atau feri perlahan. Untuk feri laju cepat mengambil masa 45 minit sahaja sedangkan feri lambat mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit dari Pelabuhan Ulee Lheue di Banda Aceh ke Pelabuhan Balohan di Pulau Weh. Untuk sampai di Pelabuhan Ulee Lheue sendiri sebelum anda ke Sabang, dari lapangan terbang antarbangsa Sultan Iskandar Muda mengambil masa 35 minit dengan kereta. Anda boleh menempah kereta sewa di Acheh atau perkhidmatan teksi Acheh dari airport. Setelah tiba di Pelabuhan Balohan, anda boleh menaiki pengangkutan awam atau menaiki kereta persendirian atau juga boleh menempah kereta sewa di Sabang dengan kami ke Pantai Krueng Raya atau Pulau Klah View Point sekitar 15 minit perjalanan. Tiba di Krueng Raya, anda boleh menyewa bot ke Pulau Klah. Dalam 10-15 minit anda akan sampai di pulau itu. Anda juga boleh ke Pulau Klah dari Pantai Iboih, namun jaraknya lebih jauh.